Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KERAJAAN SARAWAK KOMITED BANTU RAKYAT MILIKI KEDIAMAN MENERUSI PPRMS

Posted on 29 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Kerajaan Sarawak terus komited dalam meningkatkan usaha bagi menyediakan kediaman yang selesa dan selamat didiami menerusi Projek Penambaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, PPRMS ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan memiliki kediaman yang selesa untuk didiami.

Menurutnya, kawasan Tatau juga tidak ketinggalan daripada menerima manfaat daripada PPRMS dengan penduduk di lima rumah panjang turut dibantu.

“Selain itu, bantuan yang diberikan dalam projek ini adalah berupa alat binaan yang digunakan untuk membina rumah panjang.

“Fokus utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menyiapkan rumah,” katanya semasa taklimat pelaksanaan PPRMS di sini pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu menambah, beliau juga berharap penduduk yang menerima bantuan tersebut agar segera melaksanakan projek pembinaan rumah mereka.

“Saya juga mahu semua penduduk yang menerima bantuan PPRMS ini menghantar laporan selepas projek siap sepenuhnya,” ujarnya.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman