Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU TURUN PADANG TINJAU PROJEK RTP

Posted on 22 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming turun padang meninjau tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu menara loceng yang telah berusia di Gereja St. Anthony pada Rabu.

Jelasnya, struktur bangunan tersebut telah usang dan beliau mengambil inisiatif untuk membina dan membaik pulih menara loceng tersebut memandangkan kedudukannya berada di dalam kawasan beliau.

Ketika ditemubual media, Johnny Pang memaklumkan akan mengadakan satu mesyuarat bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu serta pemungut besi buruk.

Ia bagi mengelakkan kecurian tembaga kecil pada Pemutus Litar Elektrik (ECB) menjadi lebih serius.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angelie Stephen Raja. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman