Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SABERKAS KAKUS AGIH 300 PEK BUBUR LAMBUK KEPADA MASYARAKAT DI TATAU

Posted on 14 Apr 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

TATAU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kakus mengagihkan 300 pek bubur lambuk kepada masyarakat setempat dalam Jerayawara Bubur Lambuk yang diadakan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau, petang Khamis.

Program pengagihan bubur lambuk termasuk bubur pedas dan bubur kacang hijau itu yang bermula jam 4.45 petang merupakan anjuran bersama SABERKAS Cawangan Kakus dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau.

Simbolik pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai disempurnakan oleh Pengerusi SABERKAS Cawangan Kakus Mohammad Rizal Julaihi kepada 300 penerima yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Menurut Mohammad Rizal, sumbangan bubur lambuk itu merupakan salah satu pendekatan SABERKAS untuk mengeratkan silaturahim dengan penduduk setempat.

“Ramadan tahun ini amat istimewa buat SABERKAS yang turut meraikan sambutan ke-50 tahun penubuhannya,” jelas beliau.

Di samping itu katanya, pada tahun ini kesemua cawangan SABERKAS di Sarawak turut mengadakan jerayawara bubur lambuk, sekali gus memeriahkan lagi sambutan bulan ramadan.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Tatau Ibai Aning, Pemanca Gerosen Jubin dan Penghulu Lim Tchia Hong serta Ketua Kampung Baru Tatau Ahmad Mohd Mokthar.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman