Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

USAHAWAN MASA KINI MILIKI PELBAGAI PELUANG JAYAKAN PERNIAGAAN

Posted on 13 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Golongan usahawan masa kini mempunyai banyak peluang untuk menjayakan perniagaan yang diceburi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, agensi-agensi kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan untuk para usahawan. 

“Golongan usahawan sekarang amat bertuah kerana banyak agensi kerajaan dapat memberi kerjasama dan bantuan kepada mereka,” katanya dalam Majlis Penutupan Rasmi Gerai Usahawan Sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Bintulu di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon di sini pada petang Ahad. 

Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera (MPUB) Bahagian Bintulu itu diadakan dari 9 hingga 11 Jun lepas dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 50 usahawan tempatan yang menjual produk berbagai aneka. 

Sementara itu, Datuk Talib memberitahu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah bersungguh-sungguh membangunkan kawasan Bintulu termasuk memperkenalkan Jepak Jaya yang akan mendirikan 8,300 unit lot kediaman untuk manfaat masyarakat. 

Katanya lagi, warga Bintulu juga akan mendapat kemudahan setelah Jambatan Kuala Kemena-Jepak siap dibina nanti. 

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi MPUB Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Pegawai MYSED Bintulu Upin Merang, Penghulu Drahman Sisik serta barisan ketua kaum tempatan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman