Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PERARAKAN KRISMAS SIMBOLIK KEHARMONIAN KAUN, KATA TIONG

Posted on 05 Dec 2023
Source of News: Utusan Borneo Sarawak
BINTULU: Perarakan Krismas yang diadakan setiap tahun menjadi simbolik terpenting akan perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini khsususnya di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, perarakan Krismas pada tahun ini amat bermakna buat setiap umat Kristian kerana COVID-19 sudah reda sehingga penganjuran program yang besar sebegini dibolehkan.

"Apa yang penting ialah, program sebegini amat signifikan buat umat Kristian serta masyarakat majmuk yang terdapat di negeri ini supaya bersama-sama meraikan sambutan setiap perayaan berbeza di negeri ini," ujarnya dalam acara pembukaan Perarakan Krismas 2023 Bintulu yang diadakan pada Sabtu lalu.

Dengan bertemakan ‘Yesus Kristus-Putera Damai’ ia menjadi simbolik terpenting bahawa Kristian sebagaimana agama lain di negara ini amat mementingkan aspek keharmonian serta keamanan sejagat di segenap lapisan masyarakat.

Melalui 5,000 penyertaan yang datang dari beberapa mazhab Kristian yang terdapat di Bintulu, semua umatnya memeriahkan dan turut serta dalam acara perarakan yang berlangsung dengan penuh warna-warni yang diserikan dengan persembahan pancaragam, kereta berhias dan sebagainya sebagai simbolik kepada sambutan Hari Krismas.
 

Menurutnya, umat Kristian dalam pada itu telah menunjukkan semangat kesatuan serta kedamaian melalui perarakan sebegini yang dijalankan setiap tahun sebelum Krismas.

Ia jelas Tiong, merupakan keunikan yang terdapat di negara ini yang mana setiap kaum dapat meraikan acara sambutan keagamaan dalam suasana aman dan harmoni tanpa wujud sebarang isu atau permasalahan berbangkit yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

"Keamanan ini harus kita sebagai rakyat Malaysia kekalkan bagi memastikan keamanan serta keharmonian antara kaum di negara ini akan terus terpelihara sampai bila-bila," tambahnya.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman