Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU SERAH PROJEK RTP

Posted on 20 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming telah menyerahkan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 2 di sini pada Rabu. 

Projek RTP tersebut melibatkan pembinaan tembok penghadang yang memisahkan Dewan Serbaguna kampung tersebut dengan tapak perkuburan bersebelahannya.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Assyakirin Fasa 2, Abu Bakar, tembok penghadang tersebut dibina untuk memastikan bahawa tapak perkuburan yang terletak lebih tinggi daripada dewan tidak begitu kelihatan.

Dalam pada itu, Johnny Pang berkata beliau akan membantu dalam kerja-kerja menaik taraf Dewan Serbaguna kampung tersebut secara berperingkat.

“Saya dapati prasarana dewan tersebut telah uzur dan memerlukan kerja baikpulih supaya penduduk dapat menggunapakai kemudahan tersebut dengan selesa,” ujarnya. 

Turut hadir, Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Ngu Tie Hwa. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman