Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

GOLONGAN WANITA MAMPU TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA MELALUI PEMBUATAN KRAFTANGAN

Posted on 18 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Golongan wanita mampu menambah kepada pendapatan keluarga dengan melibatkan diri dalam pembuatan kraftangan. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Dato Sri John Sikie Tayai memberitahu, pembuatan kraftangan tidak hanya terhad kepada sugu tinggi, kraf lain seperti tangu, kain burie dan sebagainya boleh dihasilkan untuk menambah pendapatan.

“Kraftangan sugu tinggi juga merupakan pakaian tradisional kaum Iban dan usaha mengajar golongan muda harus diteruskan agar tidak lenyap ditelan zaman,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pembuatan Kraftangan (Sugu Tinggi-Iban) di sini pada Sabtu.

Menurutnya, usaha dalam pembuatan kraftangan harus diteruskan sehingga mampu menjadi sumber ekonomi sebuah keluarga.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak mensasarkan negeri ini berpendapatan tinggi di mana sekurang kurangnya satu keluarga berpendapatan tidak kurang dari RM15,000,” katanya.

Difahamkan, seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus pembuatan kraftangan ini yang dianjurkan selama tiga hari bermula daripada 14 hingga 16 Mac.

Selain di Tatau, sebelum ini kursus yang sedemikian juga telah dianjurkan di Balai Ringin, Sri Aman dan Kanowit oleh Mitz Agency.

Turut hadir ialah isteri Dato Sri John Sikie, Datin Sri Melia Gelen, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Ketua Bahagian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dr Elena Chai dan Pengasas Mitz Agency Roselind Ngali. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman