Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN HARUS SUNTIK VAKSIN ANTI RABIES

Posted on 03 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

SEBAUH: Individu yang mempunyai haiwan peliharaan ditegaskan untuk memberi atau menyuntik vaksin anti Rabies kepada haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

Ketua Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu Dr Naziah Muntil@Montel berkata, pemberian vaksin tersebut adalah menjadi satu tanggungjawab pemilik haiwan khususnya anjing bagi mengelakkan pemilik mahupun orang lain dijangkiti wabak tersebut.

Dalam pada itu, pemilik haiwan peliharaan turut dinasihati supaya sentiasa mengawasi haiwan peliharaan mereka dengan tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka bebas berkeliaran untuk mengelakkan risiko dijangkiti Rabies oleh haiwan liar.

Beliau berkata demikian dalam Program Kesedaran Penyakit Rabies di sini pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, kawalan populasi haiwan peliharaan amat digalakkan dan orang ramai boleh mendapatkan nasihat daripada doktor veterinar kerajaan atau swasta berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Antara pengisian taklimat yang disampaikan termasuklah ‘Rabies in Human’ dan taklimat pencegahan Penyakit Rabies dalam manusia yang disampaikan oleh Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Nurul Mufidah Md Nasir manakala maklumat mengenai penyakit Rabies turut disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, Francis (A) Kallang Usat Jauh.

Dalam taklimat tersebut, pemilik anjing wajib memastikan anjing peliharaan di bawah pengawasan yang berkesan sama ada dikurung, diikat atau dirantai dengan selamat semasa aktiviti riadah.

Kegagalan untuk mematuhi perkara tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 37(5) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman