Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK TAHUN 2023, BERI TUMPUAN TERHADAP PCDS 2030, PERUBAHAN IKLIM & TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Posted on 17 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

SIBU: Seramai 160 pegawai perkhidmatan awam Sarawak yang merangkumi Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir menghadiri Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2023 di sini pada Jumaat.

Persidangan yang bertemakan ‘Mempercepatkan Kejayaan’ itu dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.

Kemudiannya, ia diteruskan dengan taklimat mengenai Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang disampaikan oleh Mildred Voon Hian Ya dari Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Jabatan Premier Sarawak.

Dalam program sama, turut diadakan taklimat mengenai Perubahan Iklim yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Abang Ahmad Abang Morni, diikuti dengan taklimat mengenai Tenaga Diperbaharui oleh Pengarah Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Ts. Dr Shanti Faridah Salleh.

Sementara itu, pada sebelah petang, ia diteruskan dengan sesi townhall bersama dengan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Hadir sama dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng serta Pengarah-Pengarah Unit-Unit dari Jabatan Premier Sarawak.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman