Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DUTA REPUBLIK CROATIA LAWAT MLNG

Posted on 31 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Duta Besar Republik Croatia ke Malaysia, Dr. Ivan Velimir Starcevic telah melakukan lawatan ke Loji Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG) di sini pada Khamis.

Misi lawatan ini adalah untuk membeli atau mengimport isi padu gas tambahan dari negara-negara Asia untuk simpanan masa hadapan serta untuk tujuan dijual balik kepada negara-negara Eropah yang memerlukan cecair gas asli (CGA). 

Dr Ivan berkata, Croatia tidak mempunyai masalah kekurangn cecair gas asli seperti negara-negara Eropah yang lain, namun berhasrat untuk membekalkan bekalan CGA kepada negara-negara bukan Kesatuan Eropah (EU) jika perjanjian dapat dilakukan bersama MLNG. 

“Kami (Crotia) tidak mahu terlalu bergantung dan mengimport dari Amerika Syarikat yang selama ini membantu membekal CGA kepada negara negara Eropah setelah berlaku krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine. 

“Sekarang ini, negara-negara EU masing masing melakukan pembelian individu dan berharap sesetengah negara-negara EU akan melakukan pembelian pukal untuk menjamin bekalan CGA masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan pihak PETRONAS untuk membuka pejabat atau cawangan mereka di mana sahaja di negara-negara EU terutama sekali negara Croatia. 

“Ini kerana pihak Croatia (termasuk EU) ingin mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Croatia,” jelasnya. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman