Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BAZAR RAMADAN PULIHKAN EKONOMI SETEMPAT

Posted on 27 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bazar Ramadan dapat membantu dalam memulihkan ekonomi setempat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, penganjuran bazar Ramadan membolehkan golongan usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan makanan dan minuman mendapat pulangan yang baik.

“Contohnya sebelum penularan COVID-19, terdapat gerai di Bintulu yang mendapat pulangan sebanyak RM1,000 sehari semasa bulan Ramadan ini.

“Jadi, saya berharap rezeki sebegini akan terus ada pada tahun ini,” katanya ketika berucap merasmikan Bazar Ramadan 2023 anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Datuk Talib yang juga Penasihat Jepak Jaya menzahirkan penghargaan kepada pihak BDA atas pelaksanaan bazar Ramadan yang mampu memberi ruang kepada penjaja setempat untuk meningkatkan ekonomi masing-masing.

Difahamkan, terdapat dua bazar Ramadan yang dikendalikan oleh BDA pada tahun ini iaitu Bazar Ramadan Bintulu Sentral yang mempunyai 61 lot gerai dan Bazar Ramadan Bintulu Esplanade dengan 59 lot gerai.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Ashgar Khan dan Pengurus Besar BDA Datu Muhammad Yakup Kari. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman