Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

PENGGUNA JALAN RAYA DIINGATKAN PATUH PERATURAN LALU LINTAS

Posted on 18 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Para pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas semasa pergi dan balik ke destinasi masing-masing sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bintulu Lian Anyi berkata, Operasi Sikap akan dilaksanakan bermula pada 18 sehingga 28 April depan bagi memastikan kepatuhan dengan peraturan lalu lintas.

Menurutnya, para pengguna jalan raya khususnya di Bintulu perlu sentiasa berhati-hati memandu terutamanya di laluan yang dikenalpasti sebagai kawasan kemalangan.

”Kenderaan berat juga dilarang beroperasi pada 20 hingga 21 April dan 24 hingga 25 April serta tidak dibenarkan untuk membawa barang melebihi muatan. 

”Justeru, saya memohon Persatuan Lori Bintulu & Habour Link dapat menyebarkan maklumat agar pemandu boleh mematuhi undang-undang yang telah digariskan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Bintulu pada Isnin.

Sementara itu, beliau memohon agar pengguna jalan raya dan pemain industri mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan lesen dan cukai jalan tidak tamat tempoh. -EDISI UKAS



Undian
Pengumuman