Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KEHARMONIAN & KESELAMATAN BANDAR BINTULU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Posted on 06 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Keharmonian dan keselamatan bandar Bintulu harus menjadi tanggungjawab orang ramai termasuk kerjasama semua pihak berkuasa tempatan.

Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti berkata, beliau memuji Shell Middle Distillate Sintesis (Shell MDS) kerana bekerjasama dengan pihak lain untuk menjalani latihan tindak balas terhadap kecemasan bersama.

Katanya, latihan selama dua hari ini amat penting untuk menilai bagaimana Shell MDS dan semua pihak berkepentingan utama bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kerja berpasukan yang lancar dalam tindak balas terhadap kecemasan.

“Keupayaan kami untuk bersama cepat sebagai satu pasukan untuk mengurangkan dan menguruskan sebarang bentuk krisis dengan cekap serta lancar adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat penduduk di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Tier – 2 Shell MDS Emergency Exercise (SMEX) 2023 di sini pada Rabu.

Selain itu katanya, latihan sama bertujuan untuk menguji serta menilai keseluruhan kesiap-siagaan tindak balas termasuk keupayaan pelan dan protokol tindak balas kecemasan Shell MDS.

Terdahulu, Naib Presiden Shell MDS Amir Bakar berkata, mereka komited untuk memberi jaminan kepada komuniti tentang integriti aset mereka dan operasi yang selamat termasuk kesediaan Shell MDS dalam masa kecemasan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman