Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BAHAGIAN KUCHING JUARA PERTANDINGAN PENTANQUE MAKSAK SARAWAK GAMES 2024

Posted on 29 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Kuching tampil juara dalam Pertandingan Pentanque sempena MAKSAK Sarawak Games 2024.

Naib juara dimenangi oleh MAKSAK Bahagian Mukah, tempat ketiga dirangkul MAKSAK Bahagian Limbang dan tempat keempat milik MAKSAK Bahagian Samarahan.

Acara yang dianjurkan oleh MAKSAK Bintulu itu telah dirasmi oleh Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti bertempat di Arena Pentanque Jepak, Kampung Sebuan Jepak, di sini pada Ahad.

Semasa berucap, Nyurak meletakkan harapan kepada seramai 14 orang peserta yang telah terpilih untuk mewakili MAKSAK Negeri Sarawak bagi Pertandingan Pentanque Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Johor kelak.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian mereka yang secara tidak langsung akan menaikkan nama Sarawak dalam sukan Pentanque.

Pertandingan Pentanque sempena MAKSAK Sarawak Games 2024 turut menyaksikan pemenang-pemenang bagi kategori Pemain Terbaik Setia Acara yang mana Beregu Lelaki (Double) dimenangi Bahagian Kuching, Beregu Perempuan (Double) dimenangi Bahagian Limbang, Bertiga Lelaki dan Perempuan (Triple) disandang oleh Bahagian Kuching manakala Beregu Campuran (Mix Double) dimenangi Bahagian Mukah.

Selain itu, Anugerah Khas Pemain Paling Senior Lelaki dan Perempuan diberikan kepada Aini Suhaidi mewakili Bahagian Samarahan dan Gatoon @ Zaiton Matsalleh mewakili Bahagian Miri.

Diikuti Anugerah Khas Pemain Harapan Lelaki dan Wanita, menjadi milik Muhammad Akmal Rizal Mustapha mewakili Bahagian Kuching dan Marggerit Raba Changgai mewakili Bahagian Sarikei.

Hadir sama di majlis penutupan itu ialah Residen Bahagian Mukah Kueh Li Poh, Pegawai Penguasa MYSED Bintulu Barin Medan, Pegawai Menguasa Majlis Sukan Negeri Bahagian Bintulu Jolene Leong, Pegawai Belia dan Sukan bahagian Bintulu Kigen Satong, wakil MAKSAK Negeri Sarawak Rosli Arshad dan Presiden Persatuan Sukan Boules Bahagian Bintulu Ismawi Bujang.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman