Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Berita

 

BINTULU ESPORT CHAMPIONSHIP 2023 X CULTURE BERMULA 25 HINGGA 28 MEI INI

Disiarkan pada 18 May 2023
Sumber Berita: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pejabat Residen Bahagian Bintulu melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Bintulu dengan kerjasama daripada Xiphos Esports Club akan menganjurkan Bintulu Esports Championship 2023 X Culture pada 25 hingga 28 Mei ini.

Timbalan Residen Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey berkata, kejohanan selama empat hari itu nanti akan diadakan di Boulevard Shopping Mall Bintulu.

Katanya, kejohanan tersebut akan menyaksikan peserta dari Sarawak termasuk Semenanjung Malaysia dan Kalimantan Barat Indonesia akan berentap kejohanan secara maya itu.

“Antara objektif utama penganjuran acara ini adalah mencari pelapis pemain sukan elektronik yang telah dijadikan sukan rasmi dunia seperti Sukma, Sukan Sea, Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel.

“Pada masa yang sama ianya turut membantu dalam mempromosikan Bintulu sebagai salah sebuah tarikan pelancong di Sarawak,” katanya semasa sidang media Bintulu Esports Championship 2023 X Culture di Pejabat Residen Bintulu disini pada Selasa.

Beliau menambah, pertandingan berkenaan akan ia merangkumi pertandingan Esports dalam dua kategori iaitu Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Turut diadakan ialah sesi perkongsian bertajuk “Mobile Legend: Bang Bang Coaching” oleh bekas Pemain Profesional Mobile Legend iaitu Mohamad Haqqani atau lebih dikenali dengan nama 2ez4Jepz yang berasal daripada Johor Darul Takzim.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan jumlah hadiah tunai terkumpul atau lebih dikenali sebagai Prize Pool untuk acara ini adalah sebanyak RM70,000. – EDISI UKAS



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Kemas Kini Terakhir Pada 30 Mar 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman