Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN BUKTI PERPADUAN RAKYAT SARAWAK

Posted on 30 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sambutan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh menjadi tanda dan bukti perpaduan rakyat yang ada di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, sambutan sebegini layak digunakan sebagai tanda perpaduan oleh kerajaan persekutuan terkini yang menekankan Kerajaan Perpaduan.

“Sambutan bukan sahaja di Bintulu atau di Sarawak malah di Semenanjung turut diraikan yang melambangkan perpaduan semua kaum di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Mid-Autumn Festival anjuran Seksyen Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Kuan Yin Tong di Kuil Naga di Tatau pada Jumaat.

Tambahnya, festival kali ini dianjur meriah setelah lama tidak diadakan sejak pandemik Covid-19 dengan kehadiran pelbagai kaum.

Ujarnya, kedatangan kaum-kaum lain ke pesta tersebut menjadikan kemeriahannya sama seperti perayaan besar di Sarawak seperti Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang festival itu berlangsung seperti Pertandingan Kuih Bulan dan Tanglung, persembahan tarian singa serta tarian daripada suku kaum Orang Ulu.

Turut hadir Pengerusi Penganjur Mid-Autumn Festival Christina Tan Ah Lan dan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Noriha Ali. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman