Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SK TATAU TERIMA SUMBANGAN 200 KERUSI PLASTIK

Posted on 26 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau menerima sumbangan sebanyak 200 unit kerusi plastik daripada Bintulu Port Holdings Berhad.

Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulannya, Maslihah Tioh berkata, sumbangan itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

Menurutnya, ia juga merupakan inisiatif pihak syarikat dalam membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan yang sempurna kepada para pelajar.

“Bintulu Port Holdings Berhad turut memberi sumbangan perahu dan enjin sangkut kepada SK Sungai Anak Selangau dan penyerahan televisyen kepada SK Tatau,” katanya semasa majlis penyampaian sumbangan di SK Tatau pada Jumaat.

Tambahnya, penyerahan sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat syarikat juga diadakan di kawasan lain termasuk di Kuching. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman