Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN KAKUS SALUR DANA MRP BAIKI RUMAH PANJANG

Posted on 18 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sejumlah RM100,000 dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai disalurkan untuk kerja-kerja membaikpulih tanah runtuh di Rumah Junus Lau, Sungai Jelai di sini.

Datuk John Sikie telah melakukan lawatan kerja pada Sabtu bagi meninjau rumah panjang tersebut yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh beberapa hari yang lepas.

Kejadian tanah runtuh yang berpunca dari hujan lebat menyebabkan bahagian dapur di tiga pintu bilik rumah panjang tersebut rosak.

Semasa tinjauan, Datuk John Sikie bersetuju tindakan segera perlu diambil bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku. 

Di samping itu, beliau turut menyalurkan dana sebanyak RM20,000 ke dalam akaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Junus Lau, Sungai Jelai untuk membaiki kerosakan rumah panjang mereka. 

Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Ngu Tie Hwa dan Penghulu Ali Digat. -Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman