Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KELAB ROTARY BINTULU PERKASA MASYARAKAT TEMPATAN

Posted on 21 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kelab Rotary Bintulu telah memainkan peranan penting dalam membangun serta memperkasakan masyarakat tempatan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi berkata, kelab tersebut melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan memerlukan.

“Terutama sekali, bantuan yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Suai Satu dan Tadika Rumah Jepi Bintulu mencerminkan dedikasi kelab (Rotary Bintulu) untuk meningkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan kumpulan B40.

“Dengan menyokong usaha pendidikan sedemikian, anda telah menerangi jalan untuk minda muda sekali gus memperkasakan mereka untuk berkembang maju dalam pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ‘Rotary Club 38th’ Installation of New President and New Board of Directors 2023’ di sebuah hotel terkemuka di Bintulu pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu menambah, kelab tersebut juga memberikan sokongan kepada kumpulan yang terdedah termasuk anak yatim, orang cacat fizikal dan penghuni rumah warga emas.

Jelasnya lanjut, setiap inisiatif berkenaan telah menyerlahkan keprihatinan dan perasaan belas kasihan yang mengukuhkan lagi teras Kelab Rotary Bintulu.

Katanya lagi, usaha kelab perkhidmatan seumpamanya juga penting dalam merapatkan jurang dan menghulurkan bantuan di kawasan yang paling diperlukan.

Dalam pada itu, Dato Majang telah memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Kelab Rotary Bintulu.

Beliau juga menyaksikan pelantikan Presiden Kelab Rotary Bintulu Ke-38, Geling Ganyai serta barisan Lembaga Pengarah baharu.

Turut diadakan penyerahan hadiah kepada barisan pemenang Kempen ‘Bintulu Coffeeshop & Restaurant Cleanliness and Entertainment’.

Hadir sama Mantan Presiden Kelab Rotary Bintulu Lau Liong Jye dan Naib Presiden Kelab Rotary Bintulu Dr. Ong Kian Huat. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman