Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MASYARAKAT TEMPATAN DIGALAK SERTAI REGATTA TATAU

Posted on 14 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai mencadangkan lebih banyak penyertaan untuk menyemarakkan lagi Regatta Tatau pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar setiap Penghulu di bawah pentadbiran Daerah Tatau dan DUN Kakus menghantar pasukan pada edisi-edisi seterusnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, setelah 13 tahun tidak diadakan, pihaknya bersetuju untuk melaksanakan semula Regatta Tatau pada tahun ini hasil mesyuarat peyelarasan Pesta Tatau 2023.

“Sebagai permulaannya pada tahun ini agak kurang penyertaan bagi masyarakat kita di Tatau kerana ini adalah peringkat permulaan.

“Namun pada tahun depan saya pasti penyertaan penduduk di Tatau pastinya amat menggalakkan dan mengambil bahagian dalam pertandingan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Tatau Mini Regatta sempena Pesta Tatau 2023 di Sungai Batang Anap pada Jumaat.

Tatau Mini Regatta mempertandingan pelbagai kategori antaranya 3 Pekayuh Lelaki, 15 Pekayuh Bidar, 10 Pekayuh Temuai, 20 Pekayuh Bidar, 15 Pekayuh Temuai, 20 Pekayuh Temuai, 25 Pekayuh Bidar dan 30 Pekayuh Bidar.

Manakala pemenang bagi Kategori 30 Pekayuh Bidar disandang oleh Kasihnya Warisan, naib johan Bujang Vaei dan Cahaya Kekal di tempat ketiga.

Hadir sama ADUN Ngemah Anyi Jana dan Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman