Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

QARI DAN QARIAH DARI KUCHING JUARAI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SARAWAK

Posted on 18 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Qari dan Qariah dari Kuching dinobatkan johan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-62 yang melabuhkan tirai di Bintulu pada Sabtu.

Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa masing-masing mengungguli kategori Tilawah Al-Quran untuk membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan, sijil dan pakej menunaikan umrah.

Bagi naib johan dan tempat ketiga Qari dan Qariah pula masing-masing akan membawa pulang RM7,000 dan RM 5,000 beserta piala iringan, hadiah iringan dan sijil. 

Dalam kategori hafazan juzuk 1-10, pelajar Institut Tahfiz Bintulu Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman dan Siti Asma’ Adenan mewakili SMKA Putra Jaya Samarahan dinobatkan johan.

Mereka membawa pulang wang tunai RM3000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Bagi naib johan dan tempat ketiga kategori hafazan juzuk 1-10 pula, masing- masing akan membawa pulang RM2,500 dan RM 1,500 beserta piala iringan, hadiah iringan & sijil. 

Sementara itu, johan bagi kategori juzuk 1-20 pula disandang oleh pelajar SHOAW Kuching, Mohamad Khairunnaim Khalid dan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurul Izzah Mukhali. 

Keduanya membawa pulang wang tunai RM4000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Bagi naib johan dan tempat ketiga untuk hafazan juzuk 1-20 pula, memenangi RM2,500 dan RM1,500 beserta piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang-pemenang bakal mewakili Sarawak ke Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Arena Butterworth, Pulau Pinang pada Jun hadapan. 

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Keberangkatan tiba beliau ditemani isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib sekitar jam 8.45 malam. 

Majlis tersebut berlangsung selama empat hari bermula 15 sehingga 18 Mac bertempat di Dewan Suarah Bintulu. 

Edisi kali ini menyaksikan penyertaan seramai 37 orang peserta dari Bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang serta beberapa Institusi Pendidikan Tinggi dan sekolah di seluruh Malaysia. 

Pertandingan tilawah telah disertai seramai sebelas orang Qari dan lapan orang Qariah.

Manakala pertandingan hafazan pula terbahagi kepada dua kategori dan telah disertai oleh lapan orang Hafiz dan sepuluh orang Hafizah.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi,  Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Mufti Sarawak Kipli Yassin dan Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainudin Abang Turkey. -Edisi UKAS.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman