Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROGRAM JALINAN KASIH SK ASSYAKIRIN ERAT HUBUNGAN WARGA SEKOLAH DAN MURID

Posted on 18 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program Jalinan Kasih Sekolah Kebangsaan (SK) Assyakirin mampu mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan murid-murid di samping menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam persiapan untuk menyambut hari perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming turut memuji inisiatif pihak SK Assyakirin dengan mengadakan program berkenaan sempena sambutan perayaan.

“Pusat Khidmat saya sememangnya mengambil berat ke atas kebajikan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan dan kami akan teruskan sokongan dan memberi kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program berkenaan di Jun Rung Central Bintulu pada Isnin. Johnny turut menyeru pihak swasta dan orang ramai untuk sama-sama menyumbang kepada aktiviti-aktiviti kebajikan untuk membantu golongan asnaf.

Beliau dalam majlis tersebut juga telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seklah tersebut.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Assyakirin Arbah Tusin dan Naib Yang Di Pertua (YDP) SK Asyakirin Muhaimin bin Dahian.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman