Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI DI PEDALAMAN PENTING UNTUK DIPENUHI

Posted on 25 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK
BINTULU: Kemudahan utiliti dan telekomunikasi untuk rakyat di kawasan pedalaman merupakan keutamaan untuk dipenuhi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Menterinya Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia bertujuan merapatkan jurang komunikasi dan utiliti di kawasan bandar dan luar bandar yang mana masih dalam pelaksanaan dan penyiapan.

Katanya, rakyat di pedalaman perlu menunggu proses itu dengan penuh sabar supaya agensi dan pegawai yang dipertanggungjawab dapat melaksanakannya dengan lancar serta mengikut jadual ditetapkan.

"Ia (penyediaan kemudahan itu) merupakan kerja berterusan agensi di bawah Kerajaan Sarawak dan persekutuan," katanya dalam lawatan kerja ke Rumah Richard Umkar di Sungai Serupai Tengah, Jalan Pesisir Kuala Tatau, hari ini.

Begitupun katanya, rakyat luar bandar perlu terlibat aktif dalam pembangunan negeri selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).Turut serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Syed Mohamad Fauzi, Winnie Dian mewakili Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Dominic Ahjun dari Pejabat Daerah Kecil Balingian, Pengurus Kanan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) Sarawak Energy Barry Law dan Tuai Rumah Richard Umkar.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman