Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU KOMITED BANTU SEKOLAH

Posted on 07 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming komited memberi bantuan kepada sekolah-sekolah di kawasan beliau.

Katanya, ia bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan warga sekolah.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi SJK(C) Sibiew Bintulu pada Jumaat.

Menurutnya, skop kerja tersebut termasuk penyelenggaraan tangga bangunan, mengganti baru tingkap cermin, menurap semula kawasan letak kenderaan dan membina baru pejalan kaki berbumbung.

Tambahnya, beliau telah menerima permohonan baharu daripada pihak sekolah dan akan meneliti serta terus memberi kerjasama mengikut keperluan dan keutamaan.

Dalam majlis sama, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK (C) Sebiew Chinese Bintulu, Pau Ngi Sing berterima kasih kepada ADUN Tanjong Batu yang sentiasa memberi kerjasama dan bantuan yang praktikal kepada sekolah tersebut terutamanya dalam usaha membaikpulih dan menaiktaraf prasarana sekolah.

Jelasnya, pihak sekolah akan terus berhubung dan berbincang dengan Johnny untuk rancangan penyelenggaraan seterusnya.

Beliau turut menaruh harapan tinggi agar kerajaan Sarawak dapat terus memberi sokongan dan bantuan kepada sekolah aliran Cina pada masa depan.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Bintulu Harun Hata. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman