Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PENDUDUK DISERU JALANI SARINGAN KESIHATAN SETAHUN SEKALI

Posted on 27 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWA

TATAU: Penduduk rumah panjang Rumah Jelembai, Sungai Sap diseru agar menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, menjaga kesihatan adalah perkara yang amat penting untuk kita. 

“Tahap kesihatan kita banyak dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita.  

“Kita harus melakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali agar penyakit dapat dikesan dan diberikan rawatan di peringkat awal,” ujar beliau. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Saringan Tibi Dan Kesihatan Bersama Komuniti di Rumah Jelembai, Sungai Sap Tatau pada Sabtu. 

Beberapa program lain turut diadakan seperti saringan tibi, saringan kolestrol, kempen derma darah, saringan kesihatan dan ceramah kesihatan yang melibatkan kira-kira 500 orang masyarakat setempat.

Pengisian lain program anjuran Ahli Panel Penasihat Kluster Tatau (Klinik Kesihatan Tatau, Sangan, Kakus dan Nanga Tau) ini termasuklah pertandingan mewarna, menyumpit, memancing, cabutan tiket bertuah dan lain-lain.

Dalam pada itu, Datuk John Sikie berpendapat bahawa program seperti ini amat baik untuk memberi kesedaran terutama sekali penduduk di kawasan pedalaman dan rumah rumah panjang yang masih kurang kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan. 

Turut hadir Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tatau Dr. Siti Amnah Roharat, Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin dan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Tatau Sanok Magai. – Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman