Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ACARA SUKAN PUPUL SIKAP KEHARMONIAN TERHADAP BELIA

Posted on 27 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sukan sememangnya satu acara yang dapat memupuk sikap keharmonian terutama sekali dalam kalangan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, sukan hoki seperti sukan yang lain bukan sahaja memerlukan teknik dan kebolehan pemain masing-masing, malah semangat berpasukan kerjasama yang erat merupakan kunci kejayaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Hoki 14 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun anjuran Majlis Sukan Sekolah Bahagian Bintulu Tahun 2023 di SMK Bandar Bintulu pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berharap para pemain dapat menggabungkan bakat, ketabahan, keyakinan dan kemahiran dalam kejohanan ini demi meraihkan kemenangan pasukan masing-masing.

Untuk rekod, Majlis Sukan Sekolah Bahagian adalah satu platform yang bagus bagi para atlet dari berlainan sekolah untuk bertanding secara positif.

Turut hadir, Pengetua SMK Bandar Bintulu Rubiah Taip dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Bintulu Edwin Wong Ing Hoe. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman