Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ISKANDAR TURKEE CUBA BERI KHIDMAT TERBAIK BERDASARKAN SENARIO POLITIK DI BINTULU

Posted on 04 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee sentiasa berusaha memberikan khidmat membantu rakyat di kawasan DUN Jepak dan akan melakukan yang terbaik berdasarkan senario dan kemahuan politik di Bintulu khususnya di Jepak.

Walaupun masih baru dalam bidang politik, beliau menyatakan banyak perkara yang perlu dipelajari dan beliau perlu mendapatkan nasihat untuk melengkapkan diri dengan ilmu serta perlu mempunyai kemahiran agar mampu menghadapi senario politik di Bintulu.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk membantu semua bukan sahaja di seberang Jepak malah termasuk seluruh kawasan Jepak contahnya untuk Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta yang diterima tahun ini akan cuba usahakan pengagihannya,

“Saya akan menyemak semula perbelanjaannya bermula 2015 hingga 2021 bagi keperluan rumah panjang dan kampung serta akan mendapatkan maklumat daripada agensi kerajaan berkaitan.

“Kita akan cuba beri agihan walaupun sikit tapi yang penting semua orang akan dapat merasainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi Townhall Bersama Pemimpin Sempena Karnival Hari Terbuka Masjid AT Taqwa Bintulu di Masjid At Taqwa Bintulu pada Sabtu. 

Selepas Townhall tersebut Iskandar berkesempatan melawat ke beberapa acara yang diadakan di sekitar Masjid At Taqwa Bintulu.

Terdahulu, beliau juga telah merasmikan Karnival Hari Terbuka Masjid At Taqwa Bintulu.

Hadir sama Pengerusi JK Masjid At Taqwa Bintulu, Abang Arsad Abang Anuar serta tetamu lain.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman