Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MANGSA KEBAKARAN RUMAH NYARING TERIMA BANTUAN

Posted on 26 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Mangsa-mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Rumah Nyaring pada awal bulan ini menerima bantuan berupa bakul makanan dan barang keperluan harian. 

Difahamkan sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil pihak Farley Supermarket dan Sing Kwong Supermarket kepada Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti yang mewakili mangsa-mangsa kebakaran di sini pada Khamis. 

Dalam pada itu, Nyurak merakamkan penghargaan kepada penyumbang bantuan di atas keprihatinan kepada mangsa-mangsa kebakaran. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat Residen  Bahagian Bintulu Shapini Daud dan Harun Hatta.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 7 Jun lepas telah mengakibatkan 13 buah bilik di rumah panjang tersebut terbakar. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman