Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATUK JOHN LAWAT TAPAK DUA PROJEK RTP DUN KAKUS

Posted on 02 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan lawatan kerja ke dua tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi konstituensi Kakus di sini pada Sabtu.

Beliau memulakan lawatan ke projek pembinaan jambatan besi menuju ke Rumah Robert Nuing, Nanga Segun, Ulu Kakus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu kemudiannya meneruskan lawatan ke projek menembok tapak Rumah Panjang Kiah Anak Najing.

Kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di bawah peruntukan Projek RTP Tahun 2023.

Turut hadir, Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Ngu Tie Hwa. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman