Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PELBAGAI PENGISIAN MERIAHKAN SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT DAERAH TATAU 2023

Posted on 18 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Pelbagai pengisian program diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Tatau 2023 yang diadakan di Pejabat Daerah Tatau pada Sabtu.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Daerah Tatau Long Jok, antara pengisian program adalah acara senamrobik, memotong kek dan ceramah keselamatan daripada IPD Tatau.

Katanya, sambutan kali ini disertai seramai 50 orang peserta terdiri daripada kakitangan wanita di Jabatan Kerajaan seperti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tatau, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau/Sebauh, Klinik Kesihatan Tatau, Tuai Rumah dan wakil dari Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK). 

Di samping itu, peserta juga mengikuti sambutan Hari Wanita Peringkat Sarawak yang diadakan di Kuching melalui aplikasi zoom.

Katanya, sambutan Hari Wanita ini adalah untuk meraikan kejayaan serta sumbangan golongan wanita kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

Tambah beliau, peranan mereka di dalam sebuah institusi keluarga amat penting dan harus dihargai. -Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman