Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BANTUAN MRP UTAMAKAN PENDUDUK BINA, BAIKI RUMAH PANJANG

Posted on 27 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Bantuan projek kecil luar bandar (MRP) yang disalurkan kepada penduduk di daerah Tatau sentiasa memberi keutamaan kepada penduduk yang sedang membina serta memperbaiki rumah panjang masing-masing, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus menjelaskan, oleh kerana bilangan rumah panjang yang banyak dan kawasan yang luas, bantuan MRP diberikan secara berperingkat-peringkat yang mana keutamaan akan diberikan kepada rumah panjang yang sedang dalam proses pembinaan.

“Pada masa sama, bantuan yang disalurkan turut memberi keutamaan bagi memperbaiki rumah panjang yang telah lama dan perlu dibaik pulih demi keselesaan penduduk yang mendiaminya,” ujar beliau.

Sikie berkata demikian semasa berucap dalam acara penyerahan cek bantuan MRP N60 Kakus di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau hari ini.

Selain itu katanya, MRP sebagaimana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) turut digunakan bagi membantu penduduk rumah panjang meratakan tanah bagi pembinaan rumah panjang yang baharu serta bantuan yang lain.

Peruntukan MRP bagi DUN N60 Kakus secara amnya meliputi sebahagian dari daerah Tatau, Selangau dan Mukah yang mana kawasannya merangkumi hampir 6, 000 kilometer persegi dan antara kawasan yang terluas di Sarawak. 

“Saya berharap agar setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk persatuan yang menerima MRP ini memanfaatkan sebaik-baiknya bantuan yang diberikan sebagaimana yang dijelaskan oleh Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan sebelum ini,” ujarnya. 

Dalam pemberian bantuan kali ini, sebanyak 39 JKKK, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan telah menerima geran MRP dengan jumlah keseluruhan RM971,000.

Pemanca Gerosen Jubin antara yang hadir pada acara penyerahan MRP terbabit.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman