Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

AHLI PARLIMEN SELANGAU SUMBANG DAGING KORBAN KEPADA UMAT ISLAM DARI KAMPUNG BARU TATAU & KAMPUNG DAGAN TATAU

Posted on 29 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sebanyak 115 keluarga dari Kampung Baru Tatau dan 126 keluarga dari Kampung Dagang Tatau mendapat manfaat daripada sumbangan lembu korban yang diberikan oleh Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Edwin dalam sebuah majlis di Dewan Serbaguna Kampung Dagang Tatau di sini pada Rabu.

Beliau ketika berucap ringkas memberitahu, sumbangan berkenaan dilakukan bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam pada Khamis.

Jelasnya, seekor lembu disumbangkan bagi Kampung Dagang Tatau dan seekor lagi untuk Kampung Baru Tatau.

“Saya juga menyumbangkan 240 kilogram (kg) daging lembu sejuk beku untuk penduduk Islam di kedua-kedua kampung.

“Selain itu, saya turut menyumbang dua ekor kambing bagi masyarakat mualaf di kawasan Tamin,” katanya.

Dalam pada itu, Edwin menekankan kehadiran masyarakat Cina dan Iban dalam majlis tersebut sebagai keistimewaan warga daerah Tatau khasnya yang sentiasa bersama meraikan setiap perayaan.

“Kita di Tatau ini menjadi contoh kepada daerah lain kerana sentiasa menjalin silaturahim walaupun berbeza bangsa dan agama,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin, Ketua Kampung Baru Tatau Ahmad Mohd Mokthar dan Ketua Kampung Dagang Tatau Satem Ghapar. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman