Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

GLAMPING, FUN RUN 2024 PADA 11-12 MEI DI TAMAN MILLENIUM KIDURONG

Posted on 01 Apr 2024
Source of News: UKAS SARAWAK
BINTULU: Borneo Sports, Recreation and Adventure Club (BSRAC) akan menganjurkan Glamping dan Fun Run 2024 pada 11 dan 12 Mei depan di Taman Millenium Kidurong.

Presidennya Mohd Ariffin Abdullah berkata, sasaran penyertaan adalah lebih kurang 30 khemah dan setakat ini sejumlah 20 khemah telah didaftarkan.

Katanya, untuk larian pula sejumlah 230 peserta telah mendaftarkan diri.

"Yuran penyertaan untuk glamping adalah RM75 iaitu RM25 untuk bayaran tapak, sehelai baju-T bernilai RM35 dan deposit kebersihan sebanyak RM15.

"Deposit kebersihan akan dikembalikan kepada peserta sekiranya pihak penganjur berpuas hati dengan tahap kebersihan di tapak perkhemahan peserta sebelum meninggalkan program," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk sebuah khemah yang mempunyai ramai ahli dalam empat hingga lima orang, mereka perlu membeli baju berharga RM35 berasingan daripada pihak penganjur secara dalam talian tetapi tidak diwajibkan.

Katanya, khemah yang dipertandingkan akan dinilai dari segi tahap kebersihan, kecantikan dan lain-lain dan syarat utama peserta adalah mesti ada khemah.

"Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik dan peserta layak mengikut banyak permainan yang akan diadakan termasuk acara cabutan bertuah," katanya sambil menambah, pihak penganjur tidak menyediakan khemah, makan minum dan pengangkutan.

Mohd Ariffin berkata, pertandingan glamping dijangka dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee pada 11 Mei, jam 7.30 malam dan perasmian pelepasan peserta larian dan penutupan pula akan disempurnakan wakil ADUN Samalaju Dato Majang Renggi pada 12 Mei, jam 6.30 pagi.

Ujarnya, Fun Run menawarkan banyak hadiah menarik, antaranya hadiah utama berupa jam berharga RM999 serta hadiah untuk tempat pertama, kedua, ketiga hingga kelapan, baju untuk Fun Run dan Glamping serta pingat untuk peserta yang menamatkan larian.

Pendaftaran awal bermula 1 Februari hingga 1 Mac lalu dikenakan bayaran RM50 untuk Fun Run manakala RM65 untuk pendaftaran biasa bermula 2 Mac hingga 8 April ini.

Tarikh tutup pendaftaran dan penyertaan adalah pada 9 April.

Untuk keterangan lanjut hubungi Effendy Tahir di 013-8308083 (Glamping) dan Siti 010-4525689 (Fun Run).



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman