Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU AGIH 1,865 KOTAK KURMA

Posted on 20 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming meluangkan masa menyantuni serta mengagihkan sumbangan buah kurma kepada penduduk beragama Islam di konstituensinya bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Beliau berkesempatan mengagihkan sebanyak 1,865 kotak kurma berserta jadual berbuka puasa kepada wakil-wakil jabatan, agensi, pengamal media dan juga empat buah kampung pada pagi Isnin.

Antara lokasi pengagihan sumbangan tersebut termasuk Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Kampung Assyakirin Fasa I, II dan III serta Kampung Jabai.

Johnny ketika ditemui berkata beliau mengambil peluang selepas keadaan COVID-19 yang beransur pulih untuk turun sendiri ke kawasan terbabit bagi mendekati serta menyantuni penduduk setempat yang beragama Islam.

Dalam pada itu, beliau berharap pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak mampu membantu persediaan keluarga masing-masing dalam menyambut ketibaan bulan Puasa nanti. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman