Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT BINTULU SERAH SUMBANGAN KEPADA 100 PENERIMA BANTUAN

Posted on 29 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 100 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima bantuan berjumlah RM100 seorang dan hamper bernilai RM80 daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu bagi meringankan beban kewangan sebagai persiapan menyambut perayaan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata wang sumbangan diberi setahun sekali kepada seorang penerima bantuan semasa sambutan perayaan utama di Sarawak.

Jelasnya, jumlah ini merupakan 72 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima bantuan bulanan di Bintulu sehingga April 2023.

“Kerajaan kita telah membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk bantuan bulanan di bawah Pejabat Kebajikan Masyarakat Bintulu.

“Di sini kita dapat lihat bagaimana tingginya komitmen kerajaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Malah pelbagai usaha telah dilakukan bagi membantu masyarakat tidak mengira bangsa dan agama dalam mengharungi keadaan ekonomi yang semakin mencabar kini,” katanya dalam Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2023 di Dewan Serbaguna Sungai Plan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan meningkatkan taraf hidup yang tinggi khususnya di Bintulu, masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Justeru, beliau berharap masyarakat khususnya ibu bapa dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan kehidupan anak-anak.

“Walaupun kita tahu bahawa di Bintulu terdapat banyak syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang, namun kita masih perlu bersaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dalam pertandingan ini, pendidikan merupakan aspek pertama yang akan dilihat.

“Memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan sekaligus membolehkan kita keluar daripada kepompong kemiskinan,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainudin Abang Turkey, Ketua Penolong Pengarah Bantuan Kesejahteraan Sosial Rohana Isnawi, Pengurus Besar Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd Yuki Nakamura San dan Penghulu Man Imbak.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman