Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATO SRI TIONG HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU 2024

Posted on 28 Dec 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Dato’ Sri Tiong King Sing telah berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Hari Krismas Dan Tahun Baharu 2024 pada Rabu.

Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Parti Demokratik Progresif (PDP) N67 Jepak dengan kerjasama Persatuan Tuai-Tuai Rumah kawasan Jepak.

Dalam ucapan Dato Sri Tiong, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee yang turut hadir ke dalam majlis atas kemenangan beliau di Jepak.

Selain itu, beliau menyarankan rakyat di kawasan Jepak terutama penduduk rumah panjang termasuk tuai-tuai rumah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) terus mengukuhkan perpaduan di antara satu sama lain.

Tambahnya, mereka hendaklah menekankan kepentingan mendidik rakyat khususnya di kalangan generasi muda untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam beragama dengan secara harmoni.

Ahli Parlimen Bintulu itu juga akan sentiasa memenuhi keperluan rakyat di kawasan Bintulu serta penduduk di kawasan rumah-rumah panjang di sini setelah berkhidmat kepada rakyat selama 25 tahun.

Turut hadir ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, Ketua Politik PDP P217 Bintulu merangkap Pengerusi PDP Bahagian Kemena Datuk Ukar Kelayang, wakil Residen Bahagian Bintulu Jeffery Jalong, Pengerusi PDP Bahagian Jepak merangkap pengerusi majlis makan malam Banyang Dato, wakil Ketua Polis Daerah Bintulu ASP Johnny Joseph, Pegawai Hutan Wilayah Bintulu Hwang Choing Hee, wakil Pegawai Penerangan Daerah Bintulu Catherine Jenah dan Jurutera Awam Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Bintulu Lai Kien Hong. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman