Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

Mohamad Abu Bakar saksikan Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak Games 2026

Posted on 20 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Sarawak
BINTULU: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki hadir memeriah dan menyaksikan Kejohanan Pickleball Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak Games 2026 di Kenyalang Pickleball Central Bintulu hari ini.

Mohamad Abu Bakar turut menyempurnakan upacara menandatangani plak di pusat sukan pickleball tersebut dan merasmikan kejohanan diadakan dengan turut disaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari.

Pasukan MAKSAK bahagian yang bertanding dalam kejohanan itu terdiri daripada MAKSAK Bintulu sebagai tuan rumah, MAKSAK Betong, MAKSAK Kapit, MAKSAK Kuching, MAKSAK Limbang, MAKSAK Miri, MAKSAK Mukah, MAKSAK Samarahan, MAKSAK Sarikei, MAKSAK Serian, MAKSAK Sibu dan MAKSAK Sri Aman.

Manakala BDA sebagai pasukan jemputan khas bersama lima pasukan lain terdiri daripada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Sarawak Water Sdn Bhd, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Sarawak.

Pang berkata, sesi pickleball untuk wakil-wakil kenamaan memperlihatkan penuh bersemangat termasuk pasukan MAKSAK dari seluruh Sarawak dalam kejohanan itu.
 

"Penyertaan dalam sukan ini diharap akan membantu dalam penjagaan kesihatan dan mengurangkan tekanan," ujarnya. 

Beliau berkata, sukan menyatukan semua, mengeratkan persahabatan serta memberi peluang untuk pasukan yang menyertainya berinteraksi di luar rutin kerja harian. 

Katanya, penghargaan kepada pihak penganjur dan dialu-alukan kehadiran semua wakil MAKSAK dari seluruh Sarawak yang bertanding dalam kejohanan tersebut.



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 23 Sep 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman