Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

MAKSAK Bintulu bentuk pasukan terbaik hadapi MAKSAK Sarawak Games 2026

Posted on 05 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Sarawak
BINTULU: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Bintulu akan membentuk pasukan terbaik melalui pemilihan beberapa pemain untuk mewakili bahagian ini ke MAKSAK Sarawak Games 2026: Pickleball Antara Bahagian pada 19 dan 20 September 2026 di Kuching.

Sesi pemilihan tersebut melibatkan 92 pemain merangkumi 46 pasangan dalam pertandingan untuk pembentukan Pasukan Pickleball MAKSAK Bahagian Bintulu 2026 di Kenyalang Pickleball Central Bintulu di sini, hari ini.

Ia melibatkan pertandingan lima kategori iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki veteran, wanita veteran dan beregu campuran dengan dibahagikan kepada kumpulan A dan B serta kategori wanita terbuka pula untuk satu kumpulan. 

Sejumlah 109 perlawanan diadakan sepanjang sesi pemilihan pemain yang layak untuk mewakili pasukan MAKSAK Bahagian Bintulu.

Sementara itu, Setiausaha MAKSAK Bahagian Bintulu Harun Hatta berkata, sesi pemilihan berkenaan bukan sahaja bertujuan mengenal pasti pemain yang mempunyai kemahiran teknikal dan prestasi permainan baik bahkan memberi penekanan kepada aspek disiplin, komitmen, sikap, semangat kesukanan dan tingkah laku.
 

Katanya, sebagai penjawat awam, para peserta perlu sentiasa menunjukkan contoh baik sama ada ketika berada dalam gelanggang mahupun luar gelanggang.

“Kita mahu membentuk bukan sahaja pemain yang hebat dari segi teknik, tetapi juga pemain yang mempunyai sikap, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi," ujarnya semasa berucap pada sesi pemilihan tersebut hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan matlamat MAKSAK Bahagian Bintulu beliau percaya sikap seorang pemain adalah sama penting dengan kemahiran yang dimiliki.

"Kemahiran boleh dipertingkatkan melalui latihan tetapi sikap, disiplin dan semangat yang baik merupakan asas kepada pembentukan seorang pemain dan pasukan yang berjaya," tambahnya.

Pada masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Pickleball Bintulu atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan sesi pemilihan tersebut termasuk Kenyalang Pickleball Central atas sokongan dan komitmen terhadap pelaksanaan program berkenaan.
Katanya, MAKSAK Bahagian Bintulu berharap sesi pemilihan berlangsung dalam suasana yang sihat, kompetitif dan penuh semangat kesukanan, selaras dengan motto 'Badan Sihat, Mental Cerdas dan Produktiviti Meningkat' serta `Bermain Dengan Semangat, Disiplin dan Permainan Bersih Adil'.



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Sep 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman