Adapun nama bandar Bintulu ini ialah berasal dari perkataan metu ulau iaitu datangnya dari dialek penduduk asal Bintulu yang mendiami Bintulu keti dahulu kala. Erti "Metu Ulau"di dalam bahasa orang-orang Bintulu ialah "memungut kepala". Sebab dikata metu ulau ialah kerana ada sebatang sungai di kawasan Bintulu ini tempatnya gugurnya kepala orang yang dipenggal ketika dalam pertempuran.
Ada kisah lain yang menyatakan terdapat satu tempat di kawasan Sungai Sebezaw yang sering dijadikan tempat untuk menyalai kepala musuh yang baru diperolehi ketika perang tercetus. Ini dilakukan bagi mengelakkan kepala ini menjadi buruk dan berbau busuk.
Menurut ceritanya, di sebelah ulu Sungai Sebezaw ada sebatang anak sungai yang rata dan luas tebingnya serta biasa dijadikan tempat untuk menyalai kepala oleh dua bersaudara iaitu Berngek dan Jalab serta pengikut mereka selepas tamat pertempuran dengan munsuh.
Diceritakan bahawa Berngek telah menamakan anak sungai in isebagai Sg. Metu Ulau kerana di situlah merekan menyalai kepala musuh yang tewas dalam pentempuran. Perkataan metu ulau yang telah terpakai sekali sekala di kalangan penduduk Bintulu di masa yang silam itu telah menjadi "Mentulau" apabila perkataan itu disebut oleh orang-orang yang datang dari luar kawasan Bintulu.
Kesudahannya dari perkataan atau sebutan "Bentulu" dan akhirnya bila ditulis perkataan "Bintulu" pula yang muncul. Siapa dan bilakah pula perkataan Bintulu ini muncul tidaklah diceritakan secara lanjut hingga ke hari ini.
Sejarah Bintulu
Rumah Padi Kerajaan (di belakang Batu Peringatan) telah di dirikan pada tahun 1938 sebagai setor padi kerajaan. Semasa pendudukan Jepun, Rumah Padi ini dijadikan gudang beras pihak tentera Jepun.
Bintulu telah melakar sejarah sebagai tempat Mesyuarat Council Negeri yang pertama kali diadakan pada 8 September 1867 seperti yang tercatat pada Batu Beringatan yang juga merupakan antara Mesyuarat Council Negeri tertua di Malaysia.
Kini Batu Peringatan tersebut telah dinaungi dengan Tugu Council Negeri Sarawak. Rumah Padi Kerajaan yang dahulunya berada di belakang Batu Peringatan kini telah diganti dengan Bangunan Komersial Shahida-BDA.