Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Pejabat Daerah Bintulu

 

Pejabat Daerah Bintulu


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa di atas kejayaan kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus dalam membekalkan maklumat untuk laman sesawang (web) ini.

 

Objektif utama pembinaan laman web ini ialah untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang Visi, Misi dan Peranan Pejabat Daerah Bintulu. Ianya juga merupakan pelantar di mana ICT memainkan peranan dalam membantu pejabat ini untuk membekalkan dan menerima maklumat agar perkhidmatan yang bermutu tinggi dapat disampaikan kepada pelanggan. Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan Bintulu dengan lebih pesat lagi sebagai sebuah bandar industri dalam kawasan SCORE.

 

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman web ini banyak memberi manfaat kepada pelanggan dan saya berharap pelanggan dapat juga berkongsi pendapat secara memberi respon melalui laman ini agar mutu penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan lagi.

 

Sekian Terima Kasih

 

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"An Honour To Serve"

 

 

 

AWANG MOHAMMED NIZAM BIN AWANG ALI BOHAN

PEGAWAI DAERAH BINTULU

 

Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 11 Dec 2025

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman