Tentang Kami
Pentadbiran Bahagian Bintulu telah bermula apabila Daerah Bintulu dinaikkan taraf menjadi sebuah Bahagian dalam tahun 1987. Bahagian Bintulu merupakan Bahagian yang ke-sembilan(9) dalam Negeri Sarawak.
Apabila Daerah Bintulu telah menjadi Pentadbiran Bahagian, Daerah Tatau juga turut menjadi sebuah Daerah penuh pada tahun sama. Daerah Sebauh pula diumumkan telah dinaiktaraf menjadi Daerah penuh pada Bulan Ogos 2015.
Bahagian Bintulu mempunyai tiga buah Daerah penuh iaitu Daerah Bintulu, Daerah Tatau dan Daerah Sebauh.
Pentadbiran Bahagian Bintulu merangkumi Daerah Bintulu,Tatau dan Sebauh. Luas kawasan pentadbiran ialah 12,194 km persegi dan dihuni oleh penduduk yang berbilang kaum, agama dan bangsa.
Pejabat Residen diketuai oleh Residen dan dibantu oleh Pegawai Pembangunan Bahagian, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tabdir, Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan Bawahan.
Pejabat Daerah Bintulu diketuai oleh Pegawai Daerah yang bertanggungjawab kepada Residen dan dibantu Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan bawahan.
Pejabat Daerah Tatau diketuai oleh Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan Bawahan.
Pejabat Daerah Sebauh diketuai oleh Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan Bawahan.