Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

RAKYAT BINTULU BERTEMU YANG DI-PERTUA NEGERI & ISTERI

Posted on 22 Jul 2024
Source of News: THE BORNEO POST ONLINE
BINTULU (Julai 22): Keterujaan orang Bintulu untuk bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi terserlah apabila penduduk dan ketua masyarakat berkumpul di Farley Food Court seawal jam 8 pagi. hari ini.

Ketibaan mereka disambut dengan penuh semangat daripada pelanggan dan orang ramai yang sedang bersarapan.

Pada masa sama, mereka yang sudah hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama Gabenor Sarawak dan isteri.

Wan Junaidi juga mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berjalan-jalan dan menyambut semua orang di setiap meja.

Antara yang merebut peluang bertemu Wan Junaidi ialah Sayeed Adam Wan Ali, pemilik restoran Eve Garden, yang berkongsi rasa teruja menyambutnya.

Katanya, kehadiran Wan Junaidi dan isteri amat dialu-alukan.

Pengerusi Maahad Tahfiz Sulaimaniyah Bintulu Arshad Annuar turut meluahkan rasa terharunya terhadap kehadiran mereka.

Dalam lawatan itu, Wan Junaidi dan Fauziah meluangkan masa dua jam menikmati sarapan pagi bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, ADUN Jepak Iskandar Turkee dan isteri serta timbalan pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu Dato' Haidar Khan Asghar Khan.

Wan Junaidi dan Fauziah turut mengambil peluang bergambar bersama pengurusan tertinggi Farley, termasuk Teo Seng Hui, Wong Hua Lung dan Sia Wei Tiung.


Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 05 Sep 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman