Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

PROJEK AIR MASKAT 97.43 PCT SIAP, KATA MENTERI

Posted on 24 Jul 2024
Source of News: THE BORNEO POST ONLINE
BINTULU (24 Julai): Projek stesen pam penggalak, tangki air dan sistem saluran paip di Maskat sudah 97.43 peratus siap, kata Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu, projek itu menelan kos hampir RM38 juta.

“Projek itu secara fizikal 97.43 peratus siap dan kini dalam fasa ujian dan pentauliahan,” katanya selepas lawatan kerjanya semalam ke tapak itu, terletak kira-kira sejam pemanduan dari sini.

Beliau berkata projek itu termasuk tangki air baharu berkapasiti 2 juta liter, sistem saluran paip besi mulur 450mm dari Loji Rawatan Air Nyabau ke Simpang Sebauh sepanjang 18km, stesen penggalak lengkap dengan tangki sedutan dan pemasangan saluran paip HDPE 160mm ke rumah panjang di kawasan tersebut.

“Projek air ini adalah sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang dilaksanakan kerajaan negeri menggunakan bajet sendiri,” katanya.

Julaihi juga berkata projek itu bertujuan memastikan kestabilan dan kualiti bekalan air di kawasan itu.

“Ia boleh memberi manfaat kepada 37 rumah panjang dengan populasi 3,745 orang; ini termasuk kawasan parlimen Bintulu serta DUN Kemena dan Samalaju,” katanya.

Turut hadir pada lawatan tapak itu ialah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Awang Fadillah Awang Reduan dan timbalan pengarah Ahmad Selihin.


Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 05 Sep 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman