Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Berita

 

Pelabuhan Perindustrian Samalaju Tingkat Kecekapan Operasi

Disiarkan pada 30 Jan 2023
Sumber Berita: UKAS Sarawak

IMG_0019.jpg

BINTULU: Pelabuhan Perindustrian Samalaju telah meningkatkan kecekapan dan kadar produktiviti pengoperasiannya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, kadar pusing ganti untuk kapal kargo kini dipercepatkan kepada sekitar empat hingga enam hari berbanding 20 hari sebelum ini.

“Saya telah memberikan mereka masa sehingga Disember 2022 untuk mencapai kadar pusing ganti yang lebih baik dan mereka telah berjaya mencapainya pada Oktober 2022,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Pelabuhan Perindustrian Samalaju di Bintulu pada Isnin.

Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, kadar pusing ganti yang lebih cepat akan dapat menarik lebih ramai pelabur ke Sarawak.

Dalam pada itu, Pelabuhan Perindustrian Samalaju juga akan terus menambah baik perkhidmatannya menggunakan teknologi terkini dan berusaha menjadi pelabuhan bertaraf dunia.

Terdahulu, beliau telah menyempurnakan Majlis ‘Go Green Tree Planting’ dengan menanam pokok dan meninjau keadaan dermaga di kawasan pelabuhan tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Chiew Chee Yau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni, Pengerusi Pelabuhan Perindustrian Samalaju Datuk Nasarudin Md Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd Ruslan Abdul Ghani dan Pengerusi Bintulu Port Holdings Bhd Dato Abdul Mutalib Alias. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Kemas Kini Terakhir Pada 07 Feb 2025

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman