Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Berita

 

Sarawak Bakal Keluarkan Gas Metanol Ke Pasaran Terbuka

Disiarkan pada 31 Jan 2023
Sumber Berita: UKAS Sarawak

IMG_0150.jpg

BINTULU: Sarawak bakal mengeluarkan gas metanol untuk dieksport kepada pasaran terbuka. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu Sarawak akan memulakan pengeluaran gas metanol pada Januari 2024.

Menurutnya, disebabkan Bintulu adalah kawasan yang penting bagi ekonomi Malaysia dan Sarawak, loji metanol yang kedua akan dibangunkan.

“Pihak institusi kewangan mempunyai keyakinan dalam industri hiliran gas Sarawak dan oleh sebab itu, mereka ingin melabur dalam pembinaan loji yang kedua.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja ke loji metanol Sarawak Petchem Sdn Bhd pada Selasa. 

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memaklumkan bahawa Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah menemui 10 kawasan metanol di Malaysia dan lapan daripadanya di Sarawak. 

Tambahnya, Bintulu akan menjadi hab petrokimia dan akan dibangunkan secara peringkat mengikut kemahuan pelabur.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada pihak Sarawak Petchem tentang percubaan saluran gas metanol pada bulan April ini. 

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Infrastruktur & Pembangunan Pelabuhan Sarawak II, Dato Majang Renggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip, ADUN Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming, Pengerusi Sarawak Petchem Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husein, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Kemas Kini Terakhir Pada 10 Jan 2025

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman