Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU SUMBANG RAMAI TENAGA MAHIR JURUSAN TEKNIKAL

Posted on 25 Mar 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Kolej Vokasional Bintulu memainkan peranan penting memberi pendidikan terbaik dalam jurusan kemahiran serta teknikal di bahagian ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi.

Menurutnya, sejak 40 tahun penubuhannya ia memainkan peranan cukup penting bagi menghasilkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam pelbagai jurusan serta teknologi  diperlukan pada masa sekarang.

“Seperti semua maklum, Bintulu merupakan sebuah bahagian perindustrian terpenting di wilayah tengah Sarawak terutamanya di Taman Perindustrian Samalaju yang sedang berkembang pesat pada masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Sambutan Jubli Delima Sempena Ulang Tahun Ke-40 Kolej Vokasional Bintulu dan Perasmian Pusat Kegiatan Pelajar di kolej tersebut pada Jumaat.

Katanya, sambutan Jubli Delima 40 Tahun Kolej Vokasional Bintulu bukan sahaja bagi mengimbau sejarah penubuhan kolej itu sejak 40 tahun lalu malah menonjolkan kelebihan dan kecemerlangan Kolej Vokasional Bintulu kepada masyarakat.

Beliau berharap Kolej Vokasional Bintulu meneruskan kecemerlangan rekod akademik cemerlang khusus dalam bidang kemahiran dan teknikal.

“Apa yang penting Kolej Vokasional Bintulu harus mengekalkan momentum kerana hanya melalui pendidikan membolehkan setiap pelajar lepasan kolej itu sama ada bekerja atau melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan teknikal serta kejuruteraan ke tahap lebih tinggi,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu melahirkan penghargaan serta terima kasih kepada jawatankuasa penganjur memastikan program itu dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. 

Kepada alumni Kolej Vokasional Bintulu, beliau melahirkan syabas kepada mereka kerana masih  mengenang jasa kolej memberi mereka akses terbaik sehingga mengecapi kejayaan dalam akademik.

“Teruskanlah menyumbang bakti kerana usaha anda adalah pembakar motivasi kepada pelajar di kolej ini,” katanya.



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 30 Mar 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman