Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Kekal patuh SOP elak COVID-19 terus menular
Tarikh : 26 Sep 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BINTULU: Prosedur operasi standard (SOP) di bahagian ini akan terus diperketatkan meskipun sudah banyak kelonggaran diberikan buat orang ramai pada Fasa Ke-3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri ini, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Bagi tujuan itu katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan terus melaksanakan langkah perlu termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di setiap kawasan yang dikesan berlaku kes jangkitan COVID-19 bagi membolehkan pengesanan secara aktif dijalankan.

"Dalam masa sama, pematuhan SOP yang ketat terutama penjarakan fizikal pemakaian pelitup hidung dan mulut melakukan imbasan kod QR MySejahtera dan pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis masih lagi perlu dilakukan seperti biasa yang mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan individu terlibat dikenakan tindakan undang-undang," ujarmya dalam kenyataannya hari ini.

Tiong dalam masa sama melahirkan kekecewaan terhadap kes di Bintulu yang kembali meningkat antara 200 ke 300 kes sehari selepas SOP kemasukan ke Bintulu dilonggarkan.

Justeru itu katanya, langkah pematuhan SOP yang ketat harus terus dipraktikkan oleh semua pihak yang mana pengabaian terhadap aspek SOP akan menjadikan usaha membendung penularan COVID-19 selama ini akan menjadi sia-sia.

"Harus semua pihak ingat bahawa SOP yang dilaksanakan di Bintulu sebelum ini dilihat amat berkesan bagi menurunkan kes jangkitan terbaru di bahagian ini yang mana kelonggaran pada masa sekarang memerlukan penduduk lebih berhati-hati semasa berada di kawasan awam khususnya kawasan berisiko tinggi berlakunya jangkitan," tegasnya.

Tambahan pula katanya,  dengan keadaan varian terbaharu pada masa sekarang iaitu varian Delta yang lebih mudah berjangkit sememangnya amat membimbangkan kerana ianya mampu melonjakkan jumlah jangkitan di Bintulu.