Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Setiap Projek Pembangunan Dilaksanakan Di DUN Kakus Disiapkan Ikut Jadual Dan Spesifikasi Ditetapkan
Tarikh : 21 Sep 2021  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

1111.jpg.

SELANGAU: Setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus akan dipastikan siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, sebagai wakil rakyat, beliau ingin melihat kelancaran dan semua projek pembangunan berjalan dengan lancar.

“Oleh yang demikian, saya sentiasa turun padang memantau projek-projek di kawasan ini. 

“Pada kali ini saya meninjau dua projek di kawasan ini iaitu Projek Menembok Tapak Rumah Panjang Sigan dengan kos RM100,000 yang rumah panjang ini ingin membina rumah panjang baharu kerana rumah panjang yang lama sering dilanda banjir. 

“Keduanya Projek Menembok Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Lanting dengan kos RM200,000 di mana rumah lama mereka telah musnah akibat kebakaran,” katanya semasa temui selepas mengadakan lawatan ke Rumah Sigan pada Isnin.

Turut dilawat ialah Rumah Nibong dan Rumah Lanting Depong Ulu Arip Selangau. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut mengingatkan penduduk supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 di kalangan masyarakat.

Sementara itu, Kaunselor Lawrence Lun yang mewakili penduduk di kawasan Sungai Arip mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk John Sikie kerana telah membawa banyak projek pembangunan ke kawasan ini. 

“Pada hari ini beliau meninjau projek pembinaan pagar rumah panjang kami yang menggunakan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Kakus. 

“Sebelum ini, projek MRP telah digunakan untuk pembangunan rumah panjang kami termasuk untuk membuat mozek dan siling ruai rumah panjang kami,” katanya. 

Terdahulu, Datuk John Sikie telah mengadakan lawatan ke Rumah Michael China bagi meninjau proses pembinaan semula rumah yang telah musnah dalam kebakaran pada tahun 2015 dan Rumah Sengkalang pada tahun 2018. 

Kerajaan Sarawak telah memberikan Bantuan Ehsan Kebakaran sebanyak RM700,000 kepada 10 buah pintu penduduk Rumah Michael China dan RM770,000 kepada 11 buah pintu Rumah Sengalang. 

Bantuan ini berupa bahan-bahan binaan bagi membina semula rumah panjang dengan kedua-dua rumah panjang tersebut kini dalam proses pembinaannya.

Turut sama hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian dan Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Ngu Tie Hua. -EDISI UKAS