Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

‘Malaysia Prihatin Dan Malaysia Menang Bersama’, Tema Sesuai Sambutan Hari Malaysia 2021
Tarikh : 18 Sep 2021  Sumber Berita: UKAS SARAWAK
 

85a46659-8db3-4ed3-b878-29d9cf097fd8 (1).jpg

BINTULU: Tema ‘Malaysia Prihatin dan Malaysia Menang Bersama’ amat sesuai sekali dengan situasi yang sedang dihadapi ketika ini yang menggambarkan keprihatinan petugas barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata, petugas barisan hadapan ini bukan sahaja mereka yang bekerja di unit beruniform tetapi juga mereka yang terlibat secara langsung dalam tugasan mencabar ini. 

“Frontliner bukan sahaja anggota unit beruniform bahkan ‘the unsung hero’ of ‘R & Do’ yang bekerja bertungkus lumus tidak mengira hujung minggu dan hari kelepasan am daripada kakitangan sokongan kita, para pemandu, pekerja am, kerani, penjaga, pelajar intern, pegawai-peniaga biasa dan atasan baik dari daerah Tatau, Sebauh dan Bintulu.

“Dalam pada itu, kita juga telah sedaya upaya mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berbeza daripada bahagian untuk pastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat ditangani. 

“Biarpun dicemuh, dimaki dan dihina dengan perkataan yang kurang menyenangkan, namun, kita tidak berganjak daripada niat kita untuk melaksanakan apa yang kita anggap terbaik untuk rakyat di Bintulu,” katanya semasa berucap dalam Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Bahagian Bintulu pada Jumaat. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang bertugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). 

Mengulas lanjut Hari Malaysia, Jack Aman yang juga Residen Bahagian Bintulu memberitahu sambutan Hri Malaysia merupakan kemuncak sambutan bulan Kebangsaan di negara kita. 

“Setiap rakyat Sarawak perlu mengetahui dan memahami tarikh 22 Julai 1963 apabila Gabenor Sir Alexander Waddell telah menyerahkan Kuasa kepada Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

“Pada 16 September 1963 pula terbentuknya sebuah negara dikenali Malaysia dengan sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia yang setia dan cintakan tanah air untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang kita kecapi selama ini,” ujarnya.-EDISI UKAS