Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Jun 2019
Versi 8.2.1
Pendaftaran PerniagaanPendaftaran Perniagaan

1) PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang berdekatan dengan percuma.

Jenis perniagaan yang boleh didaftarkan:-

 

  • Enterprise

  • Sdn. Bhd. (untuk lesen perdagangan sahaja)

Prose pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil masa 14 hari bekerja.

 

Undang-Undang :

 

  • Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64)

  • Akta Syarikat 1965

  • Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)

  • Kanun Tanah Negeri Sarawak

  • Ordinan-Ordinan Pihak berkuasa Tempatan

  • Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat

 

Yuran

  • RM50.00 (Sijil Pendaftaran)

  • RM25.00 (Lesen Perdagangan)

  • RM 2.00 (Extract)

  • Jumlah RM77.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)

 

 

2) PENDAFTARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE

 

Nama Syarikat yang akan didaftar mestilah tidak dipunyai atau digunakan oleh syarikat-syarikat

yang sudah didaftarkan.

 

Dokumen-dokumen diperlukan :

 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.

  2. Cop Syarikat Mengandungi Nama Firma dan beralamat penuh.

  3. Salinan Surat Perjanjian dengan pemilik premis jika tempat berniaga disewa (Tenancy Agreement).

  4. Salinan surat tanah atau surat jual-beli, jika tempat berniaga kepunyaan sendiri (Sale & Purchase Agreement).

 

Nota : Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersial atau Lot Perindustrian dan bukan lot pertanian atau lot kediaman. Semua jenis surat perjanjian dikehendaki membayar Stem Hasil di Pejabat LHDN (stamping)

 

Pegawai Untuk Dihubungi :

1. CC Chang Bee Tiong (W.22) Pejabat Daerah Bintulu 086-331896
2. PT Leonard Kana ak Geli (W.19) Pejabat Daerah Bintulu 086-331896
3.   Pejabat Daerah Tatau
086-584717